![]() |
Lodeh kering aka sambal jawa |
Akhirnya hajat di hati saya untuk membuat blog dalam Bahasa Melayu tercapai jua. Awal penglibatan saya dalam dunia blogging, saya memang suka menulis dalam Bahasa Inggeris. Tak tahulah kenapa, mungkin rasa macam agak janggal untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, keinginan untuk menulis dalam bahasa ibunda begitu memuncak. Sebenarnya, saya mendapat ilham untuk menulis kembali dalam Bahasa Melayu kerana saya sedih melihat banyak resepi Melayu yang makin hilang ditelan zaman. Saya rasa alangkah baiknya jika ada pembukuan tentang resepi asli masakan dan kuih-muih Melayu. Maka, inilah saat yang paling sesuai. iaitu bulan Ramadahan yang penuh barakah ini.
Seronok rasanya bertemu dengan Ramadhan Al Kareem. Cuaca tahun ini pula agak panas, membuatkan saya mudah berasa letih. Yeah, most of the time. Sepanjang bulan Ramadhan ini, saya berazam untuk mengurangkan pembaziran. Jadi banyaklah resepi yang saya cuba untuk juadah berbuka puasa. Oh ya, semalam kan hari ketiga kita berpuasa, jadi saya telah masak sambal goreng jawa ataupun lodeh kering. Tiba-tiba aje teringat ni.. Bila makan dengan nasi panas, memang sedap. Saya tambah isi ayam dan juga udang dan petai. Memang berselera, nak-nak masa sahur. Makan nasi sikit, tambah pulak dengan lodeh kering ni, memang sedaplahkan. Resepi ini saya ambil daripada blogger kesukaan saya iaitu Kak Jee atau Fauziah Samad, iaitu bekas wartawan dan juga pelakon sitkom Santan Berlada yang cukup terkenal suatu ketika dulu.. Saya ikut betul-betul resepi Kak Jee . Ini dia resepinya - sambal goreng jawa Kak Jee.
Sebenarnya banyak resepi Kak Jee yang saya dah cuba dan buat. Memang sangat menjadi, semoga Allah memberkati orang seikhlas Kak Jee. Sebenarnya banyak resepi yang saya cuba kongsikan di sini, tetapi untuk entri pertama ini cukup ini sahaja ya.
Rasanya cukuplah buat kali ini ya. Esok kita cerita lain pulak.....
Assalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi bacaan 10 hingga
ReplyDelete20 ke atas
Sukar kawal gula wlaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
saya ada herba herba khusus untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
tiada rasa pahit dan rasa tawar saja
bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Melegakan sakit saraf akibat kncing manis dan sembuh kan luka Kembali
Jika ada masalah slip diks sakit dah bertahun tahun dan tidak sembuh2 walau pelbagai
cara dah cuba…Insya Allah kita rawatkan sampai baik
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, gula turun elok balik